Wednesday, February 22, 2012

Teh Susu Sirap Bandung

Sara duduk bersandar pada sofa merah jambu pemberian abang long.Suasana begitu sepi.Yang kedengaran hanyalah bunyi kipas ruang tamu yang berpusing memberi sedikit rasa dingin buat Sara.Pandangan Sara tertumpu pada sampul yang digenggam erat olehnya.Pandanganya kosong.Tiada rasa.Ingatannya kembali bertaut pada perbualan lewat petang semalam dengan mama.
“Apa salah kau Sara?Perlukah semua bebanan ini kau pikul?” getus mama pada Sara. “Tiada siapa tahu takdir kita mama.Bukan ini yang Sara mahu.Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.Mungkin Sara juga bukan seorang gadis yang baik mama.Maka Allah uji Sara sebegini untuk melihat sejauh mana Sara mampu bersabar dan redha dengan ujianNya. Ujian ini mendekatkan diri Sara dengan Yang Maha Esa,”ujar Sara ikhlas. Mama kelihatan begitu sebak mendengar bait-bait ayat yang keluar dari mulut anak kesayangannya ini.Sesekali diseka air mata yang mengalir tanpa dipinta.Hatinya bagai dihiris-hiris bila melihat anak yang ditatang bagai minyak yang penuh ini dilukai.Naluri hati ibunya tidak pernah silap.Dia tahu Sara tidak bahagia.Kalau mahu diikutkan hati mahu saja dia berdepan dengan mereka yang mencarik-carik hati anaknya ini tanpa belas tapi Sara selalu menegaskan yang dia masih mampu bertahan dengan semua itu. “Sara,bersabarlah.Mama yakin Allah tidak akan mensia-siakan doa kamu sayang,” lembut pesan Mama pada Sara sambil memeluk anak yang usianya sudah menjengah 23 tahun itu.Pada Mama, Sara masih anak kecilnya yang manja dan lucu.
Sara membelek-belek surat yang diterimanya.Sehelai demi sehelai lembaran surat itu dibacanya.Apakah ini petunjuk pada doanya selama ini?Haruskah dia melompat gembira dengan surat ini atau menangis memikirkan apa yang akan terjadi?Semakin bercelaru kepalanya memikirkan situasi hidupnya sekarang. “ Ibu Sara,sudah solat atau belum?,”ujar abang long mengajuk suara seperti orang Indonesia.Sara senyum kelat. Abang Long pelajar perubatan di Indonesia yang baru menamatkan pengajiannya dua minggu lalu.Rumah mereka nampak meriah dengan kepulangan abang long yang gemar mengusik mama dan ayah.

"Sudah bapak....,"ujar Sara berbahasa basi dengan Abang Long.Sara menghulurkan surat yang dipegangnya tadi kepada Abang Long.Lama Abang Long membaca surat itu dan sesekali memandang Sara.Sara duduk diam di kerusi tadi sambil tangannya memintal2 hujung bantal kecil yang diletakkan oleh mamanya sebagai hiasan kerusi cleopatra di ruang rehat keluarga mereka.Lama Abang Long senyap selepas membaca surat itu.Mungkin mencari kata untuk memulakan ulasan tentang surat itu.
Akhirnya Abang Long bersuara. "Abang Long bukan pengarah dan bukan juga penonton setia cerita hidup kamu Sara.Abang Long tiada hak untuk memberi pendapat dan mengarah kamu untuk buat seperti apa yang Abang Long mahu,". "Ini kisah kamu,kamu pelakonnya.Lidah kamu lebih tahu apa rasa rencahnya.Kerongkong kamu lebih tahu untuk luah atau telan saja semuanya."Kagum Sara sebentar.Bicara doktor muda itu tidak seperti doktor biasa tetapi bunyinya lebih kelihatan seperti sasterawan negara.Tapi jauh dihatinya dia tahu apa maksud sebenar Abang Long tadi."Apa jua keputusan Sara Abang Long,Mama, Papa dan Angah pastinya akan memberi sokongan tanpa berbelah bagi.Sara,berbahagialah adik.Kita tak lama atas muka bumi tuhan ini.Jangan jadikan ujian sebagai penghalang untuk kamu bahagia.Hadapilah dia Sara selagi mana yang kamu  rasa  ia baik dan selagi ia tidak menyalahi hukum", pujuk Abang Long sambil mengusap rambut Sara.

akan bersambung.....

Lots Of Love,
SarraFarysHaAlia

No comments: