Monday, April 30, 2012

Nurul Zara Aisyah Part 2

"Kenapalah waktu macam inilah engkau nak buat perangai,"getus Zara sendiri.Nak marah lebih-lebih pun memang salah dia sendiri.Dia langsung tak peduli kereta tu ada minyak ke tak.Yang dia tahu hidupkan enjin,bawa kereta dan berhentikannya.Memang ilmu permotoran tahap E!!Nak telefon  ke tak nak...Zara masih terkial2 di lampu isyarat itu.Sesekali membetulkan tudungnya.Kepalanya ligat memikirkan penyelesaian.Untung nasib Zara kerana jalan tersebut tidak banyak kenderaan.Tiba-tiba lagu One Direction,what makes you beautiful kedengaran.Zara terkejut.Nombor  yang tidak dikenali terpapar pada Iphone 4s yang dipegangnya.

"What happen girl?Need my help?", bunyi suara dari panggilan tadi.

"Ha?!"Zara dengan nada terkejut dan terkebil-kebil sendiri.

"Tengok dekat seberang jalan sebelah sini," suara tersebut memberi arahan.Zara yang kebingungan menurut sahaja.Sebaik sahaja pandanganya beralih ke arah tempat yang dimaksudkan,Zara hampir-hampir terlepas telefonnya.Kaku.

"Kenapa senyap Zara? Abang tanya ni?," lama Zara tenung lelaki berkulit hitam manis di depannya.Sungguh.Zara sangat rindukan lelaki ini."Nurul Zara Aisyah........," getus lelaki itu sambil mengoyang-goyangkan tangannya di depan muka Zara. "Eh, nih  ha....kereta...minyak habis la," Zara tunduk. "Macam mana boleh habis pulak? Zara tak check dulu ker tadi sebelum Zara naik?."Zara hanya menggeleng-gelengkan kepalanya lemah. Lelaki itu menuju ke keretanya di tepi jalan dan mengambil sesuatu.Zara buntu.Dia hanya menjadi pemerhati setia yang memandang setiap gerak laku lelaki itu."Baiklah,dah siap," ujar lelaki itu."Zara nanti singgah stesen minyak dan isi minyak tau.Abang rasa minyak yang abang isi ini mungkin tak cukup kalau Zara nak drive sampai ke rumah,"pesannya lagi. Zara hanya memandang.Tiada respon."Zara...abang nih cakap dengan lampu isyarat ker?,"sinis lelaki itu. "Maaf abang...Zara terkejut,"ujar Zara jujur. "Kenapa terkejut pulak?,"soal lelaki itu semula. "Bila abang balik?.Mana abang dapat nombor telefon Zara?,"soal Zara.Lelaki itu menggarukan kepalanya.Pelik pulak rasa Rizman.Kenapa pulak Zara tak tahu tentang kepulangannya.Padahal dia sudah menghantar email dan pesanan ringkas di telefon Zara.Patutlah Zara tidak membalas emailnya.Dia fikir Zara sibuk jadi tidak sempat membalasnya..Tapi dia juga sudah maklumkan pada Arie yang dia akan pulang.Arie ada datang menjemputnya di Lapangan Terbang KLIA tempoh hari.Mustahil Zara tidak tahu kalau Arie tahu.Rizman merasakan sesuatu yang tidak kena. "Arie tak beritahu Zara yang abang balik minggu lepas?,"Zara menggelengkan kepalanya. "Erm, tak mengapalah mungkin Arie lupa barangkali.Abang ada hal sedikit ni.Nanti kita borak lagi.Zara jangan lupa isi minyak, nanti tak sampai rumah pula.," ujar Rizman lalu berlalu pergi.

################################################################################
Zara sampai lewat di rumah.Arie yang melihat isterinya keletihan menjadi sedikit binggung.Pelbagai telahan muncul dalam fikirannya. "Kenapa sampai lewat?," ujar Arie risau tapi cuba menyembunyikan rasanya. "Kereta habis minyak...jadi lewat,"ujar Zara.Dia berdiri tegak di depan Arie.Menundukkan sedikit kepalanya.Dia sangat takut kepada Arie.Sikap panas baran Arie sememangnya menakutkan Zara."Macam mana minyak boleh habis?,"suara Arie sedikit meninggi.Kepala Zara kian menunduk.Jejari runcingnya mula memintal hujung tudung.Perasaannya menjadi rimas dan serabut.Tak semena-mena rasa panas di seluruh mukanya."Benda simple macam tuh pun tak boleh nk handle ker?.Tahu naik jer...ingat minyak tuh automatik boleh isi sendiri ker kalau dah habis?,"leter Arie sedikit tertekan dgn sikap Zara yang tak prihatin.Zara memicit-micit dahinya.Pening.Penat mungkin berjemur di tengah panas dan terperangkap dalam kesesakkan jalan raya sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah."Susahlah macam semua benda nak kena ingatkan.Lain kali set dlm reminder phone tuh..phone mahal-mahal kalau tak reti guna buat apa?" leter Arie lagi.Suara Arie pada Zara sudah tenggelam timbul.Dia seperti dalam sampan tengah lautan.Rasa terhuyung hayang.Pandangannya berbalam.Kelam.Hitam.
##############################################################################

Arie senyap.Dia berdiri melihat isterinya terbaring di atas katil di dalam bilik.Rasa bersalah menyelubungi dirinya." Maaf Zara," getus Arie perlahan.Rasa bersalah itu kian kuat bila mendapat panggilan daripada Rizman.
"Assalammualaikum kawan,"ujar Rizman.
"Wasalam Riz," ujar Arie.
"Lemah jer bunyi, ada masalah ker?Opps...sebelum tuh si comel aku dah sampai rumah?.Aku jumpa dia kat tepi lampu isyarat kesian si comel aku tuh.Aduhai...dah la tengah panas selamat aku kebetulan dekat situ kalau tak tahu la berapa lama dia nak berdiri kat situ.Dia nampak macam ada masalah jer.Ada satu motor tuh laju sangat hampir-hampir nk langgar Zara tapi dia berdiri kat tepi tuh macam tak dak apa-apa yang terjadi,"terang Rizman panjang lebar.
-Bersambung

Lots of LOVE,
Leya

1 comment:

Khai hamzi said...

haha...dah jumpa blog makcik!!!amboi sepp sgt noh blog!!!kihkih.anyway selamat berjuang n sentiasa updates blog..jgn jd mcm aku...malas dah...maybe aku bukan seorg blogger yang baik.