Tuesday, April 24, 2012

Nurul Zara Aisyah

Banyak sebenarnya hendak dikongsi, tapi setiap kali itulah hati seperti berbisik kecil..untuk apa semua benda hendak dicerita dan dicanang.Ia tidak akan merubah apa-apa bahkan mungkin akan lebih memudaratkan.Di saat hati berbisik kecil seperti itu niat untuk berkongsi ceritera terhenti di situ.Niat awal yang begitu cekang umpama tali tadi kian kendur .Lantas rasa itu beralun pergi tanpa sedar.Seketika hati tenang kemudian bergelora kembali bak ombak stunami.
Zara termenung di depan mejanya.Longgokan fail dan kertas-kertas yang mencatatkan angka dan maklumat dihadapannya ditenung tanpa rasa.Fokusnya hilang.Tapi bagi yang memandang pasti menyangkakan dia letih kerana timbunan kerjanya yang bagaikan tiada nokhtah.Memang benar,kehidupan hariannya sebagai pegawai data dan maklumat menyebabkan hari-harinya berlalu terlalu cepat.Begitu banyak dateline yang terpaksa dikejarnya.Begitu banyak borang-borang yang perlu diteliti dan terlalu banyak kerenah birokrasi dan kemanusiaan yang perlu dia berdepan lantas menyebabkan dia terlalu letih.Dengan kekalutan kerja yang sebegitu dia sebenarnya tidak mampu lagi untuk disinggah dengan sebarang kejutan hidup.Tapi nyata percaturan Allah itu Maha Adil.Allah akan menguji seseorang hambanya mengikut kesanggupan dan kemampuan hambaNya.Nyata Allah lebih tahu kesanggupan si pemilik nama Nurul Zara Aisyah ini.

**************************************************************************************
" Zara, pembentangan data negeri nih perlu siap dalam minggu depan,"ujar Damia memperingati sahabatnya. Zara mengangguk perlahan seraya membetulkan tudung warna kelabu yang baru dibelinya semalam.Tiada apa yang tidak kena dengan tudungnya.Namun dia rasa rimas.Mungkin serimas hatinya memperingati satu per satu perkara yang terjadi. "Kenapa ni Zara?Ada masalah ke?," Damia mendekati sahabatnya bila melihat riak wajah Zara tak ceria kebelakangan ini.Damia sedar Zara tidak ceria.Hairan juga dia.Gadis manis,cerdik dan peramah ini sememangnya disenangi sejak di zaman universiti lagi.Nama Nurul Zara Aisyah tak perlu diperkenalkan lagi dikalangan rakan sefalkulti.Zara sangat terkenal dengan kebijaksaan dan karismanya yang tersendiri.Bahkan dalam diam Damia sangat mencemburi Zara.Mungkin dari segi rupa Zara mungkin bukanlah secantik supermodel atau artis namun Zara mempunyai auranya yang tersendiri yang membuatkan gadis manis itu disenangi ramai.Damia akui perkenalan dengan Zara pada semester 1 lagi di kampus dulu sedikit sebanyak berjaya merubah sikap dan personalitinya menjadi jauh lebih baik.Tidak tahu apa yang berlaku pada Zara yang menyebabkan dia kelihatan begitu sunggul kebelakangan ini."Tak ada apalah...aku biasa-biasa saja," ujar Zara.Damia tidak sedap hati.Jawapan dari Zara berserta senyum kelatnya itu membuatkan hati dia sedikit gusar."Betul ker nih?Lain macam jer aku tengok,"ujar Damia meminta kepastian."Betullah sayang...........," ujar Zara sambil mencubit pipi Damia dan berlalu pergi meninggalkan Damia dalam situasi yang tergantung.Damia yakin benar yang Zara menyembunyikan sesuatu daripadanya.
*******************************************************************************

"Apa masalah you nih, Zara,". "Semua kerja masih dalam proses,"getus Encik Razak.Geram rasanya melihat Zara.Prestasi kerjanya makin jatuh."Awak tahukan bahagian kita bekejar dengan deadline?,".  "Apa yang saya nak bentang minggu depan kalau awak masih tak siapkan semua ni,"leternya lagi.Zara tunduk.Dia akui memang salahnya. "Saya akan cuba siapkan sebelum Encik Razak ke Kuala Lumpur,"jawab Zara lemah seraya dia melangkah lemah meninggalkan bilik Ketua Data dan Maklumat itu.

LOts of LOve,
SarraFaryshaAlia

2 comments:

♥aQilah♥ said...

gud starts sister..
keep putting readers question mark in the beginning of the story, reveal the story towards the klimaks slowly and loose up the ending nicely..u are such a good writer to be in the future..well done sister..all the best!

p/s: waiting for the next post..

SaRRaFaRysHaALiA said...

tqs!!