Tuesday, January 22, 2013

Permulaan Tahun 2013

Salam...
Kehidupan agak kelam kabut dan tak terurus pada permulaan Tahun 2013.Walaubagaimanapun telah berjaya diuruskan dengan baik dan sedang melaluinya dengan penuh rasa rendah diri.Doakan yang terbaik buat saya dan keluarga.

Setelah berfikir seketika,  i'm doing some changes towards this blog...besides share some inspiration story,write a poem and cerpen.I glad to share my interest towards book,magazine and comic with all of you.So mungkin review yang saya buat tentang sesebuah karya boleh membantu anda untuk mencari buku yang anda kehendaki.( wah....skema betul nih...)


Oleh itu,mari kita mulakan Tahun 2013 ini dengan sebuah buku yang berjudul  "D' Hati Anna Aisya" karya Que Lyana Shuhaimi yang baru jer dimulakan bacaan dan dihabiskan juga hari ini.Boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku rasanya.Harga yang tertera RM 12.90 dan saya beli di Popular
(satu-satunya kedai buku yang dekat dengan tempat kerja).Sederhana tebal( itu yang saya suka...saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk diperuntukkan untuk membaca sesuatu yang tebal...saya suka yang sederhana dan agak tidak sarat dengan emosi supaya saya juga berasa tenang ketika membaca...citarasa itu adalah hak individu terpulang pada pandangan masing-masing)


Dari pandangan saya cerita sangat bermesej,manis dan penuh dengan pendidikan.Kelainannya ada diselitkan unsur-unsur Islam dan beberapa hadis di dalamnya.Gaya bahasa yang mudah untuk difahami dan menarik.Sesuai untuk remaja belasan tahun.Tapi yang berusia tengah-tengah macam saya pun okey juga kalau nak baca.Sesekali kita lari daripada cerita yang sarat dengan pergolakkan emosi dan kehidupan tak salah rasanya.Tahniah kepada penulis cerita.Ia sesuatu yang menarik daripada kaca mata saya.


Cantik kan cover dia ...saya suka....

Friday, December 7, 2012

Sebuah Kehidupan


Semakin berganjak usia semakin banyak sebenarnya pengalaman hidup yang kita kumpul.Sama ada kita mengambilnya sebagai iktibar atau sekadar sapaan angin lalu.Semua...setiap seorang daripada kita tak terkecuali daripada diuji.Kita sendiri tahu bahawa setiap ujian yang diberi pada kita adalah sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan pemilik diri.Allah pastinya tidak akan menguji hambanya pada sesuatu yang tak mampu untuk ditanggung oleh hambaNya,

Kehidupan ini tidak selalunya indah,Tidak selalunya menyebelahi kita.Adakala kita diberi rasa bahagia sehingga kita merasakan kita adalah orang yang paling bertuah di atas muka bumi ini.Kekadang kita merasa begitu kecewa umpama kitalah manusia paling malang sekali.Setiap di antara kita pastinya bisa jatuh dan bangun.Orang yang mungkin dulunya kerap mengarah tapi mungkin sekarang mengikut perintah.

Kehidupan sesuatu yang sukar dijangka.Berbuat baiklah selalu.Ikhlaslah dalam berbudi.Hidup hanya sekali.Jalanilah ia dengan baik dan sederhana.Supaya kita lebih bersedia menghadapi kehidupan yang kelak kekal untuk selamanya.
Semoga Allah memberkati kita.

Salam sayang,
SarraFaryshaAlia

Saturday, December 1, 2012

Happy Birthday Danish 1, 2, and 3..Senyum...

Agak macam lambat sikit entry nih...Tapi bila lama-lama fikir...daripada tak buat langsung better buat kan?Tak der motif apa2...just wanna share the moment of me and DANISH....




....Danish 2nd birthday...


...Danish 3rd birthday..

Friday, November 9, 2012

ERTI SEBUAH KEIKHLASAN



*ihsan daripada en google :)

Saya bukanlah orang yang selayaknya untuk berbicara soal keikhlasan.Saya sekadar mahu berkongsi rasa dan cerita tentang KEIKHLASAN.Kita diajar sejak dari sekolah lagi bahawa melakukan sesuatu secara ikhlas.Pada pemahaman kita kala itu,pastinya keikhlasan ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan.YA! betul itu jugak ikhlas.Tapi saya merasakan ia tidak mencukupi.Pada saya keikhlasan itu sesuatu yang sukar untuk diterjemah.Ia sebenarnya datang dari hati kecil kita...pada lintasan di fikiran kita.Jika memang tiada langsung terdetik di hati dan terfikir di minda sewaktu melakukan sesuatu dan kita memikirkan kita melakukannya kerana ALLAH.ITULAH ikhlas pada saya.Kenapa?? Disini saya kongsi beberapa cerita realiti tentang ikhlas itu sendiri.


CERITA PERTAMA
*ihsan dari en google jugak!!
Seorang gadis pernah bercerita,dia adalah seorang yang cerewet dan banyak soal.Di dalam sebuah bengkel yang disertai dia dimasukkan ke dalam satu kumpulan.Dianggotai oleh 2 orang wanita lain di dalam kumpulan itu.Kurang pasti apa menyebabkan kali ini walaupun dibebani dengan tugas sebagai ketua kumpulan,diberi nisbah kerja yang lebih daripada ahli yang lain dan diminta untuk dibentangkan kerja,gadis ini tidak merungut malah tidak pula dia membantah.Diiyakan sahaja permintaan dan arahan daripada rakan-rakan ahli yang lain.Riak muka dan perasaaannya kosong.Dilakukan sahaja semua kerja tanpa merungut dan mengeluh.Hasilnya,kumpulan gadis itu telah mendapat kumpulan terbaik dalam bengkel tersebut.Katanya, "mungkin kerana saya berlapang dada dan ikhlas melakukannya semua sendiri....".




CERITA KEDUA

Seorang ibu tunggal,mengalami kesempitan kewangan.yang ada jumlah beberapa not berwarna merah di dalam dompet.Anak berempat masih kecil.Hari gaji masih jauh lagi.Dia merenung.Tidak merungut.Mengangkat tangan dan berdoa.Moga Allah mempermudahkan dan memberi jalan.Dia berlapang dada.Ikhlas berdoa dan yakin dengan kekuasaaan ALLAH.Lantas dia mendapat panggilan
dari seorang rakan, "Seronoknya,elaun kerja kita dah masuk pergilah check,".Allah berkuasa atas sesuatu.

CERITA KETIGA

*pic ihsan daripada laman web Bank Negara
Seorang rakan pernah berkata "Aku bulan nih duit tak banyak lah," Saya kata, "tak pa, gaji lagi beberapa hari sahaja...jangan risau," "Aku takut tak cukup..," getusnya lagi...Tapi saya tahu Allah pasti bantu dia kerana dia suka bersedekah.Walaupun mungkin nilainya kecil.Apa yang penting saya tahu dia IKHLAS....Esok saya dengar dia kata... "Aku ingat dah tinggal sedikit duit dalam akaun...sebab aku dah lama tak semak, tapi ada lebih daripada yang aku fikir,".Mungkin juga sebenarnya kebetulan.Tapi saya yakin itu berkat IKHLAS.


CERITA EMPAT

"Aku tak boleh buat kerja part time lagi sebab aku sambung belajar"cerita seorang gadis."takpa,belajar tuh jihad....mesti ada rezeki lain,".... selang 2 minggu......"aku dapat job part time baru...time table dia bukan pada hari aku smbg belajar..,".Saya tahu dia IKHLAS sambung belajar demi keluarganya.

*********************************************************************************

Mungkin ini cerita biasa...tapi ia adalah realiti.KEHIDUPAN bukan sebuah cerita dongeng yang indah.Yang tamatnya pasti BAHAGIA...Ia cerita yang ada turun dan naiknya.IKHLAS lah supaya hidup kita tenteram.Kita tidak tahu berapa lama kita akan hidup.Bagaimana akhirnya hidup kita.BERLAPANG DADA lah dengan ujian ALLAH.IKHLAS dan REDHAlah...Allah pasti tunjukkan jalan keluar buat kita.

Pesanan untuk diri saya jugak!!!


Salam sayang,
SarraFaryshaAlia


Tuesday, May 22, 2012

Bajet Trip to USS Singapore PART 2



Bila SI BUKU MERAH dah siap...Leya start google nak cari cara paling jimat dan selamat untuk ke US Singapore nih...Google punya google jumpa lah beberapa blog yang cerita pasal cara mereka pergi ke sana.So dalam banyak-banyak tuh dapat lah jumpa beberapa blog yang menggunakan kaedah yang sama untuk ke sana.So lepas selidik punya selidik Leya and husband sepakat nak ke US Singapore dengan cara yang sama.CARA APA???

Ha..guna pakej yang ditawarkan oleh travelling agensi.PAKEJ DIA SIMPLE JER...



1) Tido hotel di JB satu malam
2) Breakfast utk 2 org gak kat hotel
3) Tiket bas masuk Singapore
4) Pas/ Tiket masuk US Singapore


rm225 seorang.....so 2 orang rm 550....my little boy FREE okeh sebab bawah umur.( harga mungkin berubah mengikut masa).Leya rasa sangat okeh sebab...kita tak payah nk fikir schedule dan rancang masa and transport dan sebagainya. just pay the price and everything will be arrange for us...

Mungkin ramai yang tanya berbaloi ker dengan harga tuh?So lets the pictures tell u whether it is reasonable or not okeh???



Please take so serious on which agensi korang semua nk ambik yer...Masa Leya check in masuk ada satu Chinese lady nih xdapat nk check in sbb org hotel ckp nama dia tak dak dalam list guest hotel. Pendekkan cerita dia maybe kena tipu dan terpaksa tunggu lama di situ..Leya tak tahu hows her story end but the moral of the story is PLEASE CHOOSE THE RIGHT AND AWESOME AGENT & AGENCY okeh?? 






Nih breakfast time...as always Leya lah manusia yg paling fokus kalau bab-bab makan..
Oh makan buffet macam selalu rasanya most hotel  pun camtuh kan.Sangat variety food dia dan SEDAP!!
But tak leh la nk makan banyak2 sbb nanti kan nk pergi jalan-jalan kang sakit perut susah plak..hahahahah....

     
tgh tunggu bas depan lobby hotel...perut dah kenyang baru lepas breakfast.Time to pose!!!
Nota kaki: Mama yang beria...anak cool jer

* nanti sebelum naik bas agen akan kasi borang suruh isi.Borang masuk camtuh lah  kot kalau tak salah TAPI yang pasti bukan borang pindah milik harta dan bukan jugak borang kawin kali ke-2...(lawak ker??) bahahahahha....

Sangat selesa dalam bas: ada penghawa dingin..bas express macam nk pergi kl tuh...camtuh lah...
nota kaki: duduk depan sekali dalam bas..bersemangat sungguh!!



MOTIF: bergambar sakan..
nota kaki: mama dgn abah jer yang pulun nak ambil gambar...danish "ada aku kesah"..mauahahha..

.

TETAP mama dengan abah yang pulun lebih...kah3x


                                                       -Si pengembara kecil mama-
Korang nampak tak si kechik tue...aduhai dia buat macam pi mengembara sorang-sorang jer...
memang tak kesah langsung...

Reptilia oh Reptilia

Assalammualaikum....Entry kali nih ilmiah sikit yer....Reptilia?Mesti ada belajar sains kan?Mesti tahu kan?Hahahah.....Reptilia nih adalah antara kategori yang diberikan kepada haiwan yer...Manusia tak leh join yer....sbb manusia kira spesis MAMALIA....hahahha berdarah panas + beranak...gitulah kot..(info bersandarkan ilmu sains leya yang takat tingkatan LIMA nih).So what is reptilia?


Reptilia tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan, mempunyai tulang belakang. Ciri-ciri haiwan reptilia adalah seperti berikut :-
  • Kulit bersisik kering.
  • Bernafas melalui peparu.
  • Biasanya bertelur dan telur bercangkerang keras.
  • Sesetengah reptilia mempunyai empat kaki dan sesetengah tiada kaki.
  • Berdarah sejuk (suhu badan berubah mengikut suhu persekitaran).
Contoh-contoh haiwan dari keluarga reptilia :-

*maklumat ikhlas dari WIKIPEDIA.....

Ha, nampak?Sekarang paham tak apa tuh reptilia??Wah ilmiah benar nih....So nak fokus pasal sesuatu....eh bukan seekor....SEEKOR ULAR!!!
Tak pasal-pasal nak cerita pasal ular lak...hahah......macam lah berani sangat...actually nak inform sekarang nih tengah berlangsung pameran ULAR dekat MUZIUM NEGERI KEDAH.SO yang berdekatan dan bercadang nk melawat muzium leh take a chance untuk ke MUZIUM NEGERI KEDAH yang terletak di ALOR SETAR.Nak info lebih leh check kat internet rasanya...Yang pasti PAMERAN ULAR tuh sampai 6 JUN 2012...if i'm not miss taken.

MURAH + BERBALOI+ BERPATUTAN
Dewasa= rm 4.00
Kanak2 (6thn-12 thn ) = rm2.00
Baby= Masuk jer....heheheheh(PERCUMA)


-Tiket masuk-


Abah + Danish yang beria



-Best giler...lawak habis-



Leya pergi pukul 9.00 mlm...hehehhe..lawak tul memalam pi muzium...kebetulan jer lalu depan muzium dan nampak banner...DAn kebetulan pergi lak tgh ada show ular...memang kelakar giler...AWESOME lah....Kat sana jugak ada RATU ULAR yang stay dalam satu bilik yang penuh dengan ular....ada PAMERAN ULAR2 ikut spesis and so on...

Walaupun trip nih simple jer....murah jer....but really enjoys when we share the moment with the person we loves....menghabiskan masa bersama-sama adalah sesuatu yang sukar nak dicari dan ia sangat berharga betul x?

Till then take care ..


Lots of love,

SarraFaryshaAlia




Tuesday, May 15, 2012

Anugerah ini milik semua

Alhamdulillah...yeay!yeay!suke giler...walaupun masa org ckp kat leya...muka cam xbleh nak terima jer..Betul ker...cam xpercaya lak..huhuhuhuhu...apa2 pun alhamdulillah syukur sgt2....rezeki dari Allah buat kami sekeluarga.
Meh Leya refresh balik situasi yang berlaku:
Pembantu : Alia nanti jumpa big boss yer...balik sekolah...
Leya         : Pasaipa ha?(muka dah gelabah giler...tangan dh garu2 kepala)
Pembantu : Tak pasti lah plak...mungkin pencalonan APC kot..
Leya         :......senyap.....muka buat tak paham....pergi camtuh ja....( gi tandas)

tap...tap....tap...(hati xder perasaan...kepala kosong....) sampai toilet tgk muka sendiri kat cermin dan senyum kambing....

Bukan cam tak leh terima tapi macam tak jangka langsung sbb tak harap apa2 memandangkan buat kerja selama hari ni sebab :

1. KERJA>>> sbb dh habis belajar nk buat apa lagi kerja lah kan??
2.IBADAH>>>>>; pernah dengar kerja itu ibadah...tambah2 kerja memberi ilmu nih....
2. MINAT>>>>>>; sbb memang suka buat kerja yang sekarang walaupun penat...
3. WORKCAHOLIC>>>>>t;memang lahir2 camtuh dh kot...kalau tak ambulans tak mai ambik la time kat UUM dulu...femes Leya sekejap....
4. CARI MAKAN>>>Nak cari duit of cos....nk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini
(perghhh...ayat dramatik sungguh tak boleh tahan....)


So pas habis sekolah dptlah surat yang sebenar dan memang confirm lah sehingga detik post ini ditulis saya salah seorang drpd penerima APC 2011.Terharu....Bersyukur.....Terasa dirahmati...


Leya mungkin tak dapat nak menceritakan keseluruhan kehidupan Leya pada setiap hamparan elektronik di alam maya ini untuk menceritakan kebesaran dan kekuasaan Allah.Tapi Leya yakin sesungguhnya...bila DIA memberikan kamu kekurangan pada sesuatu hal maka DIA akan beri kamu kelebihan pada sesuatu yang lain. Pernah dengar kan sesuatu yang kita suka belum tentu baik untuk kita dan mungkin sesuatu yang kita benci adalah sesuatu yang terbaik untuk kita.

Mungkin tiada siapa tahu apa yang Leya lalui saban hari sehingga Allah menganugerahkan hal seperti ini kepada Leya dalam usia yang muda, dalam usia perkhidmatan juga masih setahun jagung.
Maka Leya yakin mungkin antaranya adalah kerana banyak doa2 rahsia yang membantu Leya hingga saat ini.

Apakah DOA RAHSIA itu....DOA SI IBU DAN AYAH......Setiap kali peperiksaan,   temuduga,  kerja atau perbentangan...ini adalah insan yang akan sentiasa menjadi tempat meluah perasaan.Masih ingat sebelum peperiksaan pasti ini msg Leya pada mereka, "Mama/Abah...Alia nk pi exam..Doakan lia ya..."Setiap paper rasanya tanpa tertinggal....Jadi Leya mengandaikan kerana restu mereka dan doa mereka....Leya menerima Anugerah DEKAN selama 4 semester berturut-turut dan setiap semester CGPA meningkat.

Meskipun telah bergelar isteri....Doa ini rasanya tak pernah berhenti... Bahkan tadi sewaktu memberi tahu dpt APC..
Leya: Ma, Leya dapat APC..
Mama: Alhamdulillah...Tahniah.....mama selalu doa anak2 mama murah rezeki....

Jadi...APC ini bukan milik Leya seorang tapi jugak milik MAMA dan ABAH yang tak putus-putus berdoa yang terbaik untuk Leya, juga kepada EN SUAMI yang memahami kerja saya yang abnormal ini, ANAK MAMA TERSAYANG ( Akif Danish) kerana menjadi anak yang baik dan memahami kesibukkan mama kamu ini, ADIK + ABANG yang menjadi semangat dan kekuatan saya.

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA...
ANUGERAH INI MILIK SEMUA kerana saya tidak mampu untuk berdiri dan hidup sendiri dan berdepan dengan semua masalah sendiri.Saya menjalani hidup dengan baik kerana ada insan2 yang baik yang Allah anugerahkan buat saya dalam saya menjalani hidup saya.

Alhamdulillah...Terima Kasih Ya ALLAH

terserlah kegembiraan melampau


Lots OF Loves,

SarraFArysHAAlia