Thursday, July 25, 2013

Sekali Lagi

Tiada lagi tahu pada siapa harus mengadu
Hanya ada Allah yang Satu

Tiada daya lagi mahu dikerah
Hanya doa ditadah mohon kekuatan

Tiada lagi sungut kata dan kerut di wajah
Hanya tinggal senyum kelat menahan rasa

Tiada lagi tahu apa yang salah
Hanya tinggal mencari penawar resah

Kalaulah aku tahu ini pengikat dosa
Telah lama aku leraikan rasa jiwa

Kalaulah aku tahu ini jerat diri
Sudah lama aku lari tidak ku hampiri

Kalaulah aku tahu jalan keluar
Sudah lama aku keluar mencari

Allah,
Tolonglah aku...
Sudah tak terdaya dan tak bermaya
Mohon hulurkanlah kasih Mu yang terlalu bernilai harganya
pada aku yang sangat memerlukannya.
Sekali lagi aku pohon..
Tolonglah aku Ya Allah.

Friday, May 10, 2013

Toy Museum Penang


Cuti!!! Words paling ramai pekerja di dunia ini suka..kan?kan??tak baik tipu Tuhan marah.
Hehehehe...

So disebabkan di tanah air terchenta ini setiap tahun 1 Mei kita cuti umum sebab meraikan HARI PEKERJA...hemo..hemo...( gelak cam kucing Hemo2 dalam cerita kartun ninja tuh) maka keluarga kecil saya jalan-jalan ke Penang.

Again budget trip!!! Hoyeh!!

Tak nak cerita pasal Penang sebab ramai yang dah pun tahu apa yang menarik tentang Penang kan?
They had :-

a) Awesome variaty of Nasi Kandar
b) Jeruk-jeruk yang lazat yang mampu membuatkan air liur anda meleleh tap2...tap2...( sila lap yer)
c) Bukit Bendera
d) Taman Rama-rama
e) Variaty kinds of Shopping Complex
f)  etc...( kalau nak sebut satu-satu kesian la kat jari -jemari I nih) hehhehhehehe...

So , apa yang Leya nk share ialah tentang TOY MUSEUM di Penang.Leya nih kira membesar di Penang  but this seem new for me.So kepada para pelancong yang nak jadikan Penang sebagai destinasi pelancongan pilihan anda mungkin boleh masukkan Toy Museum Penang nih dalam list tempat-tempat yang hendak anda lawati.

Dah-dah bebel banyak pun tak guna..kita layankan suasana di sana.
Here the address and the price

TIKET:
 Dewasa- RM15
 Kanak-kanak- RM 10

ALAMAT:  
1370, MK2,Teluk Bahang,
11050 Penang,
(bersebelahan dengan SJK(C) Eok Hua)

 NO TELEFON: 012-4602096


* too many pictures..fening nk pilih...give me some times ok?


Nota kaki: gambar owner blog mestilah kena lebih byk dari org lain.
(klik utk preview yang lebih jelas..sila jgn jeles..hemo..hemo..heheheh)
:)





LOVE,
SarraFaryshaAlia




Monday, April 1, 2013

Saya Sangat SEDIH!!!

Ia bagaikan ada batu yang menghempap dada dan nafas saya rasa tercungap-cungap.Jantung berdegup laju umpama berlaru 1000 meter.LELAH.Bukan kerana saya berlari atau sedang dikejar sesuatu tapi sebenarnya menahan marah.

Seorang anak murid yg tak mengenali saya dan saya juga tak mengenali dia boleh mengeluarkan ayat yang pada saya tidak wajar.Saya menggantikan kelas rakan yang tidak hadir ke sekolah.Habis edar kertas latihan saya minta mereka untuk menyelesaikan tugasan yg diamanahkan.Beberapa org pelajar lewat masuk dan bermain-main.Saya sudah menggunakan bahasa yang sopan tetapi dipermainkan oleh beberapa org pelajar.Maka saya mengambil pendekatan sedikit tegas.Tidak mahu menampakkan kelemahan sebagai guru yang seharusnya mampu mengawal kelas.Beberapa org pelajar lewat masuk dan saya mempersoalkan kelewatan mereka. Lantas berbunyi "pergi tandas"."Apa yg lama sangat pergi tandas.Cuci tandas ka?" kerana kelewatan mereka hampir mencecah 15 ker 20 minit.Adakah ayat saya terlalu kurang ajar??? Seorang pelajar lelaki daripada meja yang berdekatan berkata " jawablah cuci tandas apa lg baru arr tak kena marah," Saya berpaling dan berkata " saya tanya kamu ka?," Lantas  dia menjadi "saja arr," dengan muka yang agak menyakitkan hati  dia mempermainkan saya dengan beberapa hal dan perkara. "Saya nih kawan kamu ka? ckp suka hati saja.". " Kalau terasa ambik la....kalau mulut dh tak tahu nk jaga".... DUSH...terasa mahu meletup jantung saya.Sekarang siapa yang tak tahu jaga mulut.Dia ckp saya yang tak tahu jaga mulut.Hanya kerana saya tnya kenapa lama pergi tandas cuci tandas ka....saya pulak yang tak tahu jaga mulut.Sedangkan yang tengah bertengang urat dgn saya yang mempermainkan apa yg saya ckp tuh SIAPA?SIAPA?...saya bukan tnya pada dia...saya tanya kepada rakan -rakannya 3 org yang lambat masuk kelas.Patut ka saya senyap bila pelajar masuk lambat?Tak perlu tanyakah..

Saya sedih betul...I do cause I care.Saya boleh masuk dan duduk ajer diam2 dekat meja dan cuma make sure mereka tak cedera..But cause of care I'm asking...
Keprihatinan saya disalaherti..
Mereka lupa mgkin saya TETAP guru walaupun saya tak mengajar mereka.
Mereka lupa mgkin umur mereka hanya setengah umur saya.
Mereka lupa mungkin walau saya perempuan yang kecil dan lemah tapi saya adalah pendidik bangsa
Mereka lupa mgkin saya bukan datang bekerja untuk ambil gaji daripada mesin ATM setiap bulan
tetapi saya mahu melahirkan manusia yang berguna untk bangsa dan agama
Mungkin saya ada bertegas dalam berkata tapi tidak smpai menjatuhkan maruah mereka.
Saya mahu mereka tahu hidup bukan hanya untuk suka.
Untuk apa saya menjadi seorang guru andai saya tak mampu walau untuk memberitahu hakikat dunia yang sebenar di luar sana.

Air mata saya mengalir dalam kelas itu selepas saya berkata " Buatlah apa yg kamu suka kerana kamu jauh lebih hebat dari saya,"

Buat pertama kali dlm sejarah perkhidmatan saya seorang pelajar yang saya tak kenali dan tak mengenali saya mampu berkata begitu. Sayangnya kamu tak kenal siapa sebenarnya CIKGU....

Terasa saya begitu gagalnya sebagai guru walaupun hanya masuk utk 40 min saja... :(

Tuesday, January 22, 2013

Permulaan Tahun 2013

Salam...
Kehidupan agak kelam kabut dan tak terurus pada permulaan Tahun 2013.Walaubagaimanapun telah berjaya diuruskan dengan baik dan sedang melaluinya dengan penuh rasa rendah diri.Doakan yang terbaik buat saya dan keluarga.

Setelah berfikir seketika,  i'm doing some changes towards this blog...besides share some inspiration story,write a poem and cerpen.I glad to share my interest towards book,magazine and comic with all of you.So mungkin review yang saya buat tentang sesebuah karya boleh membantu anda untuk mencari buku yang anda kehendaki.( wah....skema betul nih...)


Oleh itu,mari kita mulakan Tahun 2013 ini dengan sebuah buku yang berjudul  "D' Hati Anna Aisya" karya Que Lyana Shuhaimi yang baru jer dimulakan bacaan dan dihabiskan juga hari ini.Boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku rasanya.Harga yang tertera RM 12.90 dan saya beli di Popular
(satu-satunya kedai buku yang dekat dengan tempat kerja).Sederhana tebal( itu yang saya suka...saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk diperuntukkan untuk membaca sesuatu yang tebal...saya suka yang sederhana dan agak tidak sarat dengan emosi supaya saya juga berasa tenang ketika membaca...citarasa itu adalah hak individu terpulang pada pandangan masing-masing)


Dari pandangan saya cerita sangat bermesej,manis dan penuh dengan pendidikan.Kelainannya ada diselitkan unsur-unsur Islam dan beberapa hadis di dalamnya.Gaya bahasa yang mudah untuk difahami dan menarik.Sesuai untuk remaja belasan tahun.Tapi yang berusia tengah-tengah macam saya pun okey juga kalau nak baca.Sesekali kita lari daripada cerita yang sarat dengan pergolakkan emosi dan kehidupan tak salah rasanya.Tahniah kepada penulis cerita.Ia sesuatu yang menarik daripada kaca mata saya.


Cantik kan cover dia ...saya suka....

Friday, December 7, 2012

Sebuah Kehidupan


Semakin berganjak usia semakin banyak sebenarnya pengalaman hidup yang kita kumpul.Sama ada kita mengambilnya sebagai iktibar atau sekadar sapaan angin lalu.Semua...setiap seorang daripada kita tak terkecuali daripada diuji.Kita sendiri tahu bahawa setiap ujian yang diberi pada kita adalah sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan pemilik diri.Allah pastinya tidak akan menguji hambanya pada sesuatu yang tak mampu untuk ditanggung oleh hambaNya,

Kehidupan ini tidak selalunya indah,Tidak selalunya menyebelahi kita.Adakala kita diberi rasa bahagia sehingga kita merasakan kita adalah orang yang paling bertuah di atas muka bumi ini.Kekadang kita merasa begitu kecewa umpama kitalah manusia paling malang sekali.Setiap di antara kita pastinya bisa jatuh dan bangun.Orang yang mungkin dulunya kerap mengarah tapi mungkin sekarang mengikut perintah.

Kehidupan sesuatu yang sukar dijangka.Berbuat baiklah selalu.Ikhlaslah dalam berbudi.Hidup hanya sekali.Jalanilah ia dengan baik dan sederhana.Supaya kita lebih bersedia menghadapi kehidupan yang kelak kekal untuk selamanya.
Semoga Allah memberkati kita.

Salam sayang,
SarraFaryshaAlia

Saturday, December 1, 2012

Happy Birthday Danish 1, 2, and 3..Senyum...

Agak macam lambat sikit entry nih...Tapi bila lama-lama fikir...daripada tak buat langsung better buat kan?Tak der motif apa2...just wanna share the moment of me and DANISH....




....Danish 2nd birthday...


...Danish 3rd birthday..

Friday, November 9, 2012

ERTI SEBUAH KEIKHLASAN



*ihsan daripada en google :)

Saya bukanlah orang yang selayaknya untuk berbicara soal keikhlasan.Saya sekadar mahu berkongsi rasa dan cerita tentang KEIKHLASAN.Kita diajar sejak dari sekolah lagi bahawa melakukan sesuatu secara ikhlas.Pada pemahaman kita kala itu,pastinya keikhlasan ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan.YA! betul itu jugak ikhlas.Tapi saya merasakan ia tidak mencukupi.Pada saya keikhlasan itu sesuatu yang sukar untuk diterjemah.Ia sebenarnya datang dari hati kecil kita...pada lintasan di fikiran kita.Jika memang tiada langsung terdetik di hati dan terfikir di minda sewaktu melakukan sesuatu dan kita memikirkan kita melakukannya kerana ALLAH.ITULAH ikhlas pada saya.Kenapa?? Disini saya kongsi beberapa cerita realiti tentang ikhlas itu sendiri.


CERITA PERTAMA
*ihsan dari en google jugak!!
Seorang gadis pernah bercerita,dia adalah seorang yang cerewet dan banyak soal.Di dalam sebuah bengkel yang disertai dia dimasukkan ke dalam satu kumpulan.Dianggotai oleh 2 orang wanita lain di dalam kumpulan itu.Kurang pasti apa menyebabkan kali ini walaupun dibebani dengan tugas sebagai ketua kumpulan,diberi nisbah kerja yang lebih daripada ahli yang lain dan diminta untuk dibentangkan kerja,gadis ini tidak merungut malah tidak pula dia membantah.Diiyakan sahaja permintaan dan arahan daripada rakan-rakan ahli yang lain.Riak muka dan perasaaannya kosong.Dilakukan sahaja semua kerja tanpa merungut dan mengeluh.Hasilnya,kumpulan gadis itu telah mendapat kumpulan terbaik dalam bengkel tersebut.Katanya, "mungkin kerana saya berlapang dada dan ikhlas melakukannya semua sendiri....".




CERITA KEDUA

Seorang ibu tunggal,mengalami kesempitan kewangan.yang ada jumlah beberapa not berwarna merah di dalam dompet.Anak berempat masih kecil.Hari gaji masih jauh lagi.Dia merenung.Tidak merungut.Mengangkat tangan dan berdoa.Moga Allah mempermudahkan dan memberi jalan.Dia berlapang dada.Ikhlas berdoa dan yakin dengan kekuasaaan ALLAH.Lantas dia mendapat panggilan
dari seorang rakan, "Seronoknya,elaun kerja kita dah masuk pergilah check,".Allah berkuasa atas sesuatu.

CERITA KETIGA

*pic ihsan daripada laman web Bank Negara
Seorang rakan pernah berkata "Aku bulan nih duit tak banyak lah," Saya kata, "tak pa, gaji lagi beberapa hari sahaja...jangan risau," "Aku takut tak cukup..," getusnya lagi...Tapi saya tahu Allah pasti bantu dia kerana dia suka bersedekah.Walaupun mungkin nilainya kecil.Apa yang penting saya tahu dia IKHLAS....Esok saya dengar dia kata... "Aku ingat dah tinggal sedikit duit dalam akaun...sebab aku dah lama tak semak, tapi ada lebih daripada yang aku fikir,".Mungkin juga sebenarnya kebetulan.Tapi saya yakin itu berkat IKHLAS.


CERITA EMPAT

"Aku tak boleh buat kerja part time lagi sebab aku sambung belajar"cerita seorang gadis."takpa,belajar tuh jihad....mesti ada rezeki lain,".... selang 2 minggu......"aku dapat job part time baru...time table dia bukan pada hari aku smbg belajar..,".Saya tahu dia IKHLAS sambung belajar demi keluarganya.

*********************************************************************************

Mungkin ini cerita biasa...tapi ia adalah realiti.KEHIDUPAN bukan sebuah cerita dongeng yang indah.Yang tamatnya pasti BAHAGIA...Ia cerita yang ada turun dan naiknya.IKHLAS lah supaya hidup kita tenteram.Kita tidak tahu berapa lama kita akan hidup.Bagaimana akhirnya hidup kita.BERLAPANG DADA lah dengan ujian ALLAH.IKHLAS dan REDHAlah...Allah pasti tunjukkan jalan keluar buat kita.

Pesanan untuk diri saya jugak!!!


Salam sayang,
SarraFaryshaAlia